Sunday, March 17, 2013

Concrete slab and grass... home garden

.

Just a little update on my new passion.

Hari tu ada cerita tentang Bunga Ros. Pada kali ini, cerita tentang ruang tanah di bahagian tepi rumah. Sebelum ini, kami ada cuba untuk tanam beberapa batang pokok yang kami rasa boleh merimbunkan rumah. Tapi apabila tanah itu dicangkul, tanahnya penuh dengan batu-bata dan simen konkrit.

Mahu tidak mahu, kami terpaksa lupakan hasrat untuk menanam pokok di atas tanah.

Jadi, kawasan itu kini kami susun dengan kepingan simen/batu dan kami sulamkan dengan rumput karpet.





Simen batu tu tak cukup. Longkang masih belum bertutup. Ingat nanti nak susun slab di situ dan taburkan kelikir hitam dan putih di celah-celahnya. Ye la, rumput mana boleh tumbuh di atas simen. Tak apa, pembekal akan hantar slab yang lain nanti.

Tungguuuuu....




.

No comments:

Add Space for Rent

Powered by BannerFans.com