Sunday, March 17, 2013

Concrete slab and grass... home garden

.

Just a little update on my new passion.

Hari tu ada cerita tentang Bunga Ros. Pada kali ini, cerita tentang ruang tanah di bahagian tepi rumah. Sebelum ini, kami ada cuba untuk tanam beberapa batang pokok yang kami rasa boleh merimbunkan rumah. Tapi apabila tanah itu dicangkul, tanahnya penuh dengan batu-bata dan simen konkrit.

Mahu tidak mahu, kami terpaksa lupakan hasrat untuk menanam pokok di atas tanah.

Jadi, kawasan itu kini kami susun dengan kepingan simen/batu dan kami sulamkan dengan rumput karpet.





Simen batu tu tak cukup. Longkang masih belum bertutup. Ingat nanti nak susun slab di situ dan taburkan kelikir hitam dan putih di celah-celahnya. Ye la, rumput mana boleh tumbuh di atas simen. Tak apa, pembekal akan hantar slab yang lain nanti.

Tungguuuuu....




.

Thursday, February 28, 2013

Bunga Ros Merah Hati

.

Akan aku penuhi, pada satu hari nanti, laman kecik rumah aku dengan pokok Ros.











Buat masa ini, biarlah sepokok dulu, saja nak try test cuba...
Orang kata nak jaga Ros ni leceh. Nak kena belai2, kena manja2, tak boleh jirus air banyak sangat tapi tak boleh jirus air sikit sangat. Baja pun tak boleh sebarangan. Buat masa ni, ikut petua orang, guna baja kulit udang.

Dan tahu macam mana perangai Ros tanah bumi panas dan rendah nanti, barulah boleh susun banyak2 pokok Ros... Ros merah, Ros kuning.... Ros biru.... tungguuu...




.

Add Space for Rent

Powered by BannerFans.com